LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE-43

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE-43 - MEI 04, 2021 KAHERAH, 31 MAC 2021 – Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) kali ke - 43 telah diadakan secara maya di laman rasmi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir dengan jayanya bertemakan " Kepimpinan Rabbani, Kesatuan Dirahmati." Majlis perasmian bermula pada jam 7.30 malam dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis, saudara Muhammad Irham Suhaimi Bin Ismail. Seterusnya diteruskan dengan ucapan Pengarah Program MAT BKPPPM'43, saudara Zul Arief Bin Zulkepli dan diikuti dengan ucapan Yang Dipertua BKPPPM saudara Muhammad Aqli Hakimi Bin Zulkipli. Seterusnya majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh saudara Muhamad Iman Bin Fadzil, Penasihat BKPPPM sesi 2019/2020. Dalam ucapan tersebut beliau menceritakan tentang sejarah penubuhan BKPPPM dan menekankan bahawa keberlangsungan BKPPPM selama 43 tahun ini memerlukan sokongan daripada a...