MINDA PIMPINAN | MERAIH KEMERDEKAAN HAKIKI

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأمبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أما بهد. Firman Allah SWT dalam Surah Al An’am ayat 153: وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ “Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) memisahkan kamu daripada jalan Allah, Itulah yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa” Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat kemerdekaan negara kita yang kali yang ke 63 tahun ini dan kini Malaysia telah menjadi sebuah negara maju di mata dunia. Jauh daripada peperangan serta api perpecahan yang boleh ...