Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL
( قال رجل للنبي - صلى الله عليه وسلم : يا رسول الله أترك ناقتي وأتوكل أو أعقلها وأتوكل؟ قال: بل اعقلها وتوكل " ( رواه الترمذي " Ada seseorang berkata kepada Rasulullah SAW : Wahai Rasulullah SAW, aku ikat kenderaanku (unta) lalu aku bertawakal, atau aku lepas ia dan aku bertawakal? lalu Rasulullah SAW menjawab, ikatlah kenderaanmu lalu bertawakallah. [HR TIRMIDZI] Tawakal secara ringkasnya adalah menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT disertakan dengan usaha dan ikhtiar manakala Tawakul adalah makna disebaliknya iaitu hanya berharap semata-mata kepada Allah SWT tanpa ada usaha seolah-olah menunggu nasi dipinggan masuk ke dalam mulut tanpa disuap. Orang-orang yang beriman perlu menyandarkan dirinya kepada Allah SWT dalam setiap apa jua urusan tetapi perlu seiring dengan usaha dan ikhtiar. Konsep doa, usaha, ikhtiar dan tawakal secara ringkasnya disebut (D.U.I.T) boleh diamalkan dalam kehidupan kita. Sedangkan Nabi SAW juga ada usa...