LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE-42

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE- 42 - OKTOBER 22, 2019 KAHERAH, 17 OKTOBER 2019 – Bertempat di Sutuh Asrama Pelajar Pulau Pinang, Mesir, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) kali ke - 42 telah berlangsung dengan jayanya bertemakan “ Musyawarah Perintis Kesatuan Ummah. “ Majlis perasmian bermula pada jam 8.00 malam dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi umum iaitu saudara Muhammad Amirul Uzair Bin Mohd Khairi. Seterusnya, majlis diserikan dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada wakil ahli keluarga Pelajar – Pelajar Kelantan Mesir ( KPKM ) saudara Nik Muhammad Ikhwan Bin Nik Muhamed Amin. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Program MAT BKPPPM kali ke - 42, Ustaz Muhamad Syamim Bin Daud, seterusnya ucapan Yang Dipertua BKPPPM Ustaz Muhammad Hafizuddin Bin Mat Nasir dan majlis dirasmikan dengan ucapan Perasmi Program MAT BKPPPM kali ke - 42 oleh Ustaz Faqrurrozi Bin Abdullah,Penasiha...