LAPORAN PROGRAM MINGGU THAQAFAH : FACULTY `18 (FIESTA CONFERENCE OF THAQAFI) BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR
21 Julai 2018, KAHERAH, Program Minggu Thaqafah yang diberi nama FACULTY'18 (Fiesta Conference Of Thaqafi) bertemakan "Way Of Thinking In Islam" telah melabuhkan tirainya. Program Minggu Thaqafah pada tahun ini telah berlangsung selama 5 hari, bermula dari 17 Julai sehingga 21 Julai 2018 di Dewan Soleh Al-Masri. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan dan memberikan kesedaran kepada mahasiswa dan mahasiswi Islam akan bahayanya serangan pemikiran, disamping dapat mengukuhkan hubungan yang terjalin antara ahli-ahli BKPPPM, seterusnya menjayakan dua pembawaan Yang Dipertua BKPPPM 17/18 iaitu Thaqafah dan Fikrah. Wacana : Asal Usul Ideologi Pada 17 Julai, FACULTY '18 telah membuka tirainya dengan ucapan pengerusi majlis dan kalam daripada pengarah program, Ustaz Muhammad Syahir Bin Abd Rahman, dan seterusnya FACULTY '18 telah dirasmikan oleh saudara Dr. Muhamad Iman Bi...