LAPORAN BAZARIA MUTIARA’18 BKPPPM

LAPORAN BAZARIA MUTIARA’18 ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya Bazaria Mutiara’18 telah pun berlangsung selama 5 hari termasuk persediaan bazar yang bermula pada 17 hb Mac 2018 sehingga 21 Mac 2018 di pekarangan Asrama Pulau Pinang. Bazaria Mutiara’18 pada kali ini bertemakan “Connecting People,Through Food!” yang berobjektif memperkukuh ekonomi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir disamping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKPPPM. Program bermula dengan aktiviti gotong royong pada 17hb Mac 2018 yang melibatkan semua pelajar BKPPPM ikhwah dan akhawat. Gotong royong Mega yang juga di bawah kelola...