LAPORAN KHAIRI’17 BKPPPM
LAPORAN
KHAIRI’17 BKPPPM 2017/18
RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIEK – 17 SEPTEMBER
hingga 19 SEPTEMBER 2017 : Hari
Kebajikan merupakan program yang pertama kalinya dianjurkan bagi
menjayakan pembawaan Yang DiPertua BKPPPM iaitu “Rabbani Thaqafi Khairi”. Program
ini diberi nama ‘KHAIRI’ bersempena dengan item pembawaan YDP dan bertemakan “Kebajikan Terjaga Ukhuwah Terbina”.
KHAIRI’17 telah berlangsung selama 3 hari
bermula 17 September sehingga 19
September 2017. Objektif program ini adalah untuk memberi kemahiran berkaitan
kemasyarakatan kepada ahli BKPPPM, memberikan atau menyalurkan sumbangan kepada yang kurang berkemampuan dan menjayakan salah satu pembawaan Yang DiPertua BKPPPM
sesi ini "Rabbani Thaqafi Khairi".
KHAIRI ‘17 membuka tirainya pada Ahad 17
September sebelah malamnya dengan Majlis Perasmian KHAIRI ‘17 bertempat di dewan Soleh Al-Masri.
Ucapan alu-aluan dimulakan dengan ucapan daripada saudara Muhammad Aqli Hakimi Bin Zulkipli selaku
Pengarah KHAIRI ’17, seterusnya ucapan perasmian disampaikan oleh Al-Fadhil Ust Haji Rosli Bin Othman selaku Ketua Penolong
Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
Selepas majlis perasmian pada malam tersebut, KHAIRI ’17 diteruskan lagi
dengan pengisian berbentuk forum yang bertajuk ‘Mind Your IKHTILAT.’ Pengisian
tersebut berkisarkan tentang kepentingan menjaga ikhtilat sesama lelaki dan
perempuan.
Pada
keesokan harinya, Isnin 18 September, KHAIRI ’17 diteruskan dengan Kursus Jenazah yang disampaikan
oleh Al-Fadhil Ust Haji Rosli Bin Othman. Pengisian
tersebut merupakan salah satu objektif KHARI '17 ‘Memberi kemahiran berkaitan
kemasyarakatan kepada ahli BKPPPM.’
Seterusnya,
pada hari terakhir tanggal 19 September KHAIRI ’17 program diteruskan dengan Seminar Wanita berkisarkan perkongsian berkaitan kesihatan wanita pada sebelah petangnya. Seminar tersebut hanya khusus untuk ahli perempuan
sahaja kerana seminar tersebut membincangkan permasalah kesihatan yang sering
dihadapi oleh kaum wanita dan bagaimana cara untuk mencegah penyakit tersebut
sebelum ianya merebak dengan lebih teruk. Manakala ahli lelaki melakukan
aktiviti gotong-royong membersih perpustakaan di rumah Sheikh Rifaat Fauzi.
Program diteruskan lagi pada jam 8 malam di dewan Soleh
Al-Masri dengan Majlis Penutup. Ucapan penutup disampaikan oleh Yang
DiPertua BKPPPM Ahmad Fariz Bin Mohd Zaini. Majlis Penutup tersebut diakhiri
dengan persembahan sanjak daripada ahli BKPPPM bertemakan kemanusiaan. Akhir sekali, KHAIRI ’17 melabuhkan tirainya dengan sesi fotografi dan
jamuan ringan.
Oleh itu,
pihak BKPPPM berharap agar segala input dan pengisian yang diperolehi dalam KHAIRI ’17 dapat
memberi manfaat kepada semua ahli serta berguna kepada masyarakat. Akhir
sekali, semoga KHAIRI ’17 ini dirahmati dan diredhai oleh Allah SWT disamping dapat menjayakan pembawaan YDP BKPPPM pada tahun ini dengan jayanya. Sekian…
Disediakan oleh : Setiausaha KHAIRI ‘17
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"
Comments