Kalam Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya BKPPPM Sesi 2016/17

Kalam Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya BKPPPM Sesi 2016/17 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Firman Allah SWT dalam Kitab-Nya yang agung : يَا دَاوُدُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ (ص: 26) ” Wahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah SWT. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah SWT akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Surah Sad: 26) Kepimpinan dan Syura Islam sebagai rahmat bagi seluruh manusia, telah meletakkan persoalan perihal pemimpin dan kepemimpinan sebagai salah satu persoalan pokok dala...