LAPORAN RELAX'S (JAULAH FAYYOUM)


LAPORAN RELAX'S (JAULAH FAYYOUM)

Firman Allah S.W.T: ( سنريهم اياتنا في الافاق وفي أنفسهم حتى يتبين لهم أنه الحق ) Maksudnya: " Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. (Surah Fushshilat ; ayat 53).

Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dibawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah (USR) sesi 2016/17 telah menganjurkan RELAX'S '17 (Jaulah Fayyoum) kepada semua mahasiswa BKPPPM. Jaulah Fayyoum ini telah diadakan pada hari Sabtu, 26 Ogos 2017, disertai seramai 38 orang peserta. Rombongan bertolak ke Fayyoum seawal 7.45 pagi dan doa menaiki kenderaan dibaca oleh Ustaz Mohd Danial Bin Mohd Kassim.

Daerah Fayyoum terkenal dengan kebun sayur yang subur dan lembah yang terkenal dengan hasil pertanian dari zaman dahulu hingga sekarang. Ia terletak 105 km ke arah selatan bandar kaherah. Destinasi pertama yang kami lawati ialah Tasik Qarun yang luasnya 18,900 hektar, kedalaman antara 5 meter hingga 12 meter. Di tengah tasik tersebut terdapat pulau yang dinamakan Qarn al-Zahabi. Di sanalah terletaknya kubur Qarun dan seluruh hartanya.

Rombongan kami diteruskan lagi ke destinasi yang kedua iaitu Istana Qarun (Qasr Qarun) yang terletak di pinggir Tasik Qarun dan hampir 40 kilo meter dari Bandar Fayyoum, dipercayai terdapat 360 buah bilik. Destinasi seterusnya yang kami lawati iaitu Wadi ar-Rayyan. Ia meliputi kawasan seluas 1759 km persegi. Ia terdiri daripada 2 bawah tasik di bahagian atas dan bawah, yang dipisahkan oleh sebuah air terjun. Air terjun ini dikatakan yang terbesar di Mesir.

Sebelum bertolak pulang ke Kaherah kami sempat melawat tempat Kincir Air Nabi Yusof (Al-Sawaqi). Nabi Yusof AS telah membina 12 kinci air untuk pertanian. Kinci air ini telah dibina di zaman Nabi Yusof AS sebelum Mesir dilanda kemarau selama 7 tahun. Kini hanya tinggal 4 buah kincir di tengah-tengah Bandar Fayyoum yang digunakan sebagai daya tarikan pelancong. Semua peserta RELAX'S melahirkan rasa gembira dengan jaulah yang dikunjungi. Sekitar jam 7.30 malam peserta RELAX'S selamat tiba di perkarangan asrama Pulau Pinang.




Ucapan jutaan terima kasih daripada Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir kepada semua peserta RELAX'S yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Jaulah Fayyoum yang telah direncanakan ini. Semoga jaulah Fayyoum yang telah diadakan ini dapat mengerat dan mengukuhkan lagi ukhuwah sesama kita mahasiswa Islam dalam meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini. Amiinn...

Disediakan Oleh :
Unit Sambutan & Rehlah (USR) BKPPPM sesi 2016/17


“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah”
“Rabbani Thaqafi Khairi”



Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL