IDEOLOGI DAN PEMIKIRAN YANG MERUNCINGKAN
Dewasa ini mahasiswa sering terdedah dengan permasalahan percanggahan ideologi dan pemikiran yang meruncingkan. Dasar serta teras dalam fahaman ideologi yang tidak konkrit akan melahirkan mahasiswa yang berpemikiran tidak sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh Al-Quran dan Sunnah. Baru baru ini Malaysia dikejutkan dengan himpunan remaja aties (Atheist Republic Consulate) yang kebanyakannya terdiri dari anak muda melayu yang murtad. Hal ini amat dikesali kerana kebanyakan mereka merupakan remaja yang pada awalnya beragama islam. Permasalahan yang berpunca daripada kurang kefahaman serta ilmu pengetahuan yang mendalam tentang agama akhirnya melahirkan remaja dan mahasiswa yang pincang. Tidak cukup dengan permasalahan aqidah mahasiswa yang menimbulkan kerisauan. Anak muda kini lebih mudah terdedah kepada ideologi yang sama sekali tidak selari dengan ajaran al-quran dan sunnah seperti liberalisma, pluralisma, feministma dan sebagainya. Allah swt berfirman : ...