Peristiwa di bulan Zulkaedah

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana kita masih lagi dipanjangkan umur dan masih berada dalam nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Setelah Syawal meninggalkan kita dengan sejuta keberkatan daripada Allah S.W.T, kini kita telah berada di dalam bulan Zulkaedah. Setiap bulan Islam tentu ada rahsia yang perlu dicungkilkan untuk tatapan umatnya supaya setiap sejarah dan sorotan peristiwa menjadi pedoman dan iktibar untuk perjalanan hidup terutama pada masa kini. PENGENALAN : Zu ertinya "yang empunya". Qa'adah ertinya "duduk". Ini membawa erti bahawa bulan Zulkaedah ialah bulan untuk berehat-rehat. Sejak dari dahulu lagi, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa Zulkaedah adalah satu bulan daripada empat bulan yang mulia dan diharamkan berperang. Maka masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang pada bulan ini. Selain Zulkaedah, bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab juga adalah bulan haram (...