DUNIA ISLAM MASA KINI

Dunia Islam masa kini dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir yang semakin meruncing. Fokus utamanya ialah di Timur Tengah seperti negara Mesir, Libya, Syria ,Lubnan dan Iraq. Seperti yang kita sedia maklum, Kejatuhan Saddam Hussein yang mengakibatkan kemaraan Syiah di Timur Tengah. Kejatuhan Muammar Ghadafi, Husni Mubarak, Ben Ali, dan yang paling menonjol kejatuhan Dr Morsi di Mesir. Dunia Islam sekarang dikuasai oleh peperangan demi peperangan yang berterusan. Negara Rusia turut berusaha memperkukuhkan kedudukan dengan menubuhkan BRICS – Gabungan Brazil, Rusia, India, Iran, China, South Afrika, satu blok ekonomi untuk menghadapi gugatan blok barat dan Amerika Syarikat. Rusia dan anggota BRICS menolak USD dan menerima pakai mata wang China Yuan dalam urusan niaga sesama mereka. Rusia mempergiatkan bidang pertanian untuk menolak kebergantungan h...