LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE -39






KAHERAH,20 OKTOBER 2016 – Bertempat di Dewan Soleh al-Masry,Hayyu Sabi’, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) kali ke-39 telah berlansung dengan jayanya. Dengan tema “Suarakan Pandangan, Semarakkan Kesatuan” dengan berkonsepkan kepahlawanan melayu.

Majlis perasmian dimulakan pada jam 8.00 malam dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi umum iaitu Saudara Muhammad Syamim bin Daud. Seterusnya ucapan Pengarah Program MAT kali ke-39, Ustaz Muhammad Safwan bin Azzmi, Yang Dipertua BKPPPM Dr Muhamad Iman Bin Fadzil dan Majlis diserikan dengan ucapan Perasmi Program Mat kali ke-39 oleh Ustaz Zulfeikry bin Zakaria. Dalam ucapan perasmi beliau ada mengatakan bahawa kewujudan BKPPPM selama 39 tahun ini merupakan kerjasama dan rasa tanggungjawab orang-orang terdahulu dalam menjaga  kebajikan pelajar-pelajar Pulau Pinang yang menuntut ilmu di Mesir. Selain itu, keberlansungan BKPPPM selama 39 tahun ini memerlukan sokongan daripada ahli untuk menggerakkan BKPPPM mengikut posisi masing-masing dan menjadikan MAT sebagai medan terbaik untuk berbincang dan melontarkan idea yang bernas bertepatan dengan tema kali ini “Surakan Pandangan, Semarakkan Kesatuan” demi memastikan perjalanan BKPPPM pada masa akan datang lebih baik. Akhir ucapan beliau, Perasmi merasmikan program dengan mengajak semua ahli membacakan Ummul Kitab Al-Fatihah.

Seusai ucapan perasmi, majlis diteruskan dengan pertujukan gimik dan penyampaian cenderahati kepada perasmi program. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil kepada semua pengarah program yang telah berlansung sebelum ini. Pada penghujung Majlis Perasmian telah ditayangkan video promo Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-39 dan majlis ditangguhkan dengan bacaan kafaratul majlis dan surah Al-Asr

HAYYU SABI’, 22 OKTOBER 2016– Berlansungnya Mesyuarat Agung Tahunan BKPPPM Kali ke-39 pda jam 8.30 pagi dimulakan dengan ucapan pengerusi umum dan menjemput semua barian kepimpinan sesi 2015/2016 ke dalam dewan bagi memulakan Mesyuarat Agung Tahunan. Mesyuarat yang dikendalikan sepenuhya oleh Yang diPertua, dimulai dengan perlantikan 4 orang setiausaha sidang dan diteruskan dengan pembentangan Laporan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2014/2015 oleh Setiausaha Agung, Saudara Muhamad Safwan bin Azzmi. Selesai pembentangan Mesyuarat diteruskan dengan laporan gerak kerja setiap jabatan dan biro dimulai dengan Jabatan Yang Dipertua hingga Biro Dakwah. Pelbagai persoalan dan penjelasan diajukan kepada pimpinan yang terlibat dan sesi pembentangan diselangi dengan cabutan bertuah daripada AJKT/H kepada hali yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi bagi memberikan ruang kepada ahli untuk solat zuhur, makan dan rehat.

Mesyuarat disambung semula pada jam 1.00 petang, diteruskan dengan pembentangan gerak kerja biro seterusnya iaitu Biro Pendidikan, Biro Perumahan dan Biro Ekonomi. Semua yang hadir memberikan respon yang baik dan memberansangkan. Setelah selesai pembentangan gerak kerja setiap jabatan dan biro, Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan kewangan oleh saudara Muhammad Fairus Bin Mat Yasin, Bendahari Agung sesi 2015/2016. Majlis diteruskan dengan pengesahan laporan kewangan  dan diteruskan dengan sesi soal jawab berkaitan laporan kewangan.


Selesai sesi soal jawab mesyuarat diteruskan dengan agenda terakhir iaitu sesi muhasabah dan cadangan bagi memperbaiki kekurangan serta memastikan kelancaran untuk kepimpinan akan datang. Pihak kepimpinan menerima semua bentuk muhasabah dan cadangan yang diberikan dengan hati yang terbuka dan akan berusaha mengatasi segala kekurangan yang ada. Kepada semua yang memberikan respon diucapkan ribuan terima kasih dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang bagi memberi laluan kepada ahli mesyuarat untuk solat asar dan maghrib.

Pada jam 6.00 petang semua ahli mesyarat masuk semula kedalam dewan untuk meneruskan Mesyarat Agung Tahunan Kali ke-39. Sebelum Mesyuarat melabuhkan tiranya, semua Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Hewi diberi kesempatan untuk memberikan ucapan terakhir, diikuti ucapan penutup oleh Yang diPertua BKPPPM. Antara ucapan Yang diPertua, semoga ukhuwah yang terjalin berterusan dan sama-sama kita menjaga kesatuan BKPPPM . Seterusnya berlansung gimik pembubaran jawatan oleh semua AJKT dengan menanggalkan kad AJKT. Berakhirnya gimik itu, maka berakhirlah Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-39 dan tampuk kepimpinan sesi 2015/2016. Akhir sekali majlis diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada semua mantan AJKT sesi 2015/2016 dan kepada semua ahli lembaga penasihat BKPPPM sesi 2015/2016. Pihak kami memohan ribuan kemaafan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan idea serta kerjasama yang baik dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ini.

Harapan kepada semua ahli BKPPPM supaya kita tetep bersatu hati menjaga kesatuan dan memberi kepercayaan kepada barisan kepimpinan akan datang. Semoga bertemu semula pada MAT BKPPPM akan datang.




Disediakan oleh,

Setiausaha Mesyuarat Agung Tahunan
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir kali ke 39

Sesi 2015/2016

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL