LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE -39

KAHERAH,20 OKTOBER 2016 – Bertempat di Dewan Soleh al-Masry,Hayyu Sabi’, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) kali ke-39 telah berlansung dengan jayanya. Dengan tema “Suarakan Pandangan, Semarakkan Kesatuan” dengan berkonsepkan kepahlawanan melayu. Majlis perasmian dimulakan pada jam 8.00 malam dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi umum iaitu Saudara Muhammad Syamim bin Daud. Seterusnya ucapan Pengarah Program MAT kali ke-39, Ustaz Muhammad Safwan bin Azzmi, Yang Dipertua BKPPPM Dr Muhamad Iman Bin Fadzil dan Majlis diserikan dengan ucapan Perasmi Program Mat kali ke-39 oleh Ustaz Zulfeikry bin Zakaria. Dalam ucapan perasmi beliau ada mengatakan bahawa kewujudan BKPPPM selama 39 tahun ini merupakan kerjasama dan rasa tanggungjawab orang-orang terdahulu dalam menjaga kebajikan pelajar-pelajar Pulau Pinang yang menuntut ilmu di Mesir. Selain itu, keberlansungan BKPPPM selama 39 tahun ini memerlukan sokongan da...