With Islam We Unite Together (WARRIOR ’16)




Saban tahun Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir(BKPPPM) menganjurkan hari keluarga bagi meraikan anak-anak Pulau Pinang yang berada di Mesir bagi merapatkan lagi ukhuwah yang telah terbina.Tahun ini juga, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir tidak ketinggalan untuk menganjurkan aktiviti tahunan itu yang diberi nama With Islam We Unite Together (WARRIOR ’16) dengan membawa tema “Kasih Disemai, Ukhuwah Dituai” . Program tersebut telah berlangsung selama 4 hari yang bermula pada 17 Februari 2016 dan menutup tirainya pada 21 Februari 2016 , pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan bagi meraikan anak-anak Pulau Pinang.


Tanggal 17 Februari, WARRIOR ’16 membuka tirai dengan pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Zakaria Bin Yusuf mengenai Ruqyah; Mengenali asas –asas perubatan islam.Seterusnya majlis diserikan lagi dengan perasmian WARRIOR 16  oleh Ustaz Jasry Raimy Bin Johari selaku Ketua Lembaga Penasihat BKPPPM sesi 15/16. Pengakhiran hari pertama dirancakkan dengan persembahan debat oleh ahli Gabungan Mahasiswa/wi Tahun Akhir (GEMPITA). Program diteruskan lagi pada hari kedua 18 februari dengan pendedahan cara mengendalikan kes-kes kecemasan serta cara –cara mencengah penyakit pada peringkat awal, kemudian diikuti dengan game indoor . Pada hari yang ketiga 20 Februari, persaingan sihat antara kumpulan disemarakkan lagi dengan penganjuran game outdoor yang bertempat di padang Gunners bagi ikhwah dan muhafazah Dumyat bagi akhawat . WARRIOR 16 menutup tirainya pada malam berikutnya 21 Februari dengan malam kesenian yang mengcungkil bakat lakonan dan gubahan dalam kalangan para peserta ikhwah dan akhawat.


Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) terus istiqamah dalam menganjurkan program yang memberi manfaat kepada ahli-ahlinya baik dari segi  thaqafah , pemantapan rohani dan jasmani , serta pengukuhan ukhuwah. WARRIOR ’16 merupakan salah satu contoh penganjuran yang menerapkan nilai-nilai tersebut.



Disediakan oleh,
Setiausaha WARRIOR 16 Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 2015/16

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL