PRINSIP PEWARISAN DALAM ISLAM..

PRINSIP PEWARISAN DALAM ISLAM Kaedah-kaedah pewarisan dalam Islam Terbinanya hak-hak pewarisan dalam perspektif undang-undang Islam. PERTAMA : Melalui 2 hubungan iaitu hubungan kekeluargaan dan perkahwinan 1) Hubungan kekeluargaan merangkumi hubungan keibubapaan (antara anak dan ibu bapa) - manakala hubungan persaudaraan merangkumi 3 aspek : * saudara seibu sebapa * saudara sebapa sahaja * saudara seibu sahaja 2) Hubungan perkahwinan menjadi sebab mewarisi harta. KEDUA : Tidak mengambil kira samada lelaki atau perempuan,tua atau muda,pada asalnya setiap daripada mereka mempunyai hak dalam pewarisan. KETIGA : Antara ibu bapa dan anak (mereka merupakan usul dan furu’ dalam pewarisan, hak mereka tidak akan sesekali tergugur walau dalam keadaan apa sekalipun, akan tetapi mereka hanya akan terkesan dari sudut bahagian-bahagian yang bakal mereka perolehi disebabkan wujudnya pihak yang lain. KEEMPAT : Bagi saudara lela...