JOM KENALI KITAB !!!

Kitab Sunan Tirmizi juga dikenali sebagai Al-Jami’ Al-Shahih , Shahih Tirmizi, Al-Jami’ Al-Kabir, dan Al-Jami’ Al-Mukhtasar min Al-Sunan ‘an Rasulillah ialah salah satu daripada enam kitab hadis yang dikenali sebagai kutub sittah. Daripada nama-nama yang berbeza ini menunjukkan bahawa kitab ini disusun berdasarkan bab-bab fiqh. Sebanyak 3965 buah hadis yang dimuatkan ke dalam kitab ini dengan berbagai bidang keagamaan. Biodata pengarang kitab Sunan Tirmizi · Abu Isa Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa Adh Dhahak At Tirmizi · Dilahirkan di kota Turmudz sebuah kota kecil di pinggir utara sungai Amuderiya, sebelah utara Iran. · Dilahirkan pada bulan Zulhijjah tahun 209 hijrah dan wafat pada hari Isnin 13 Rejab tahun 279 hijrah ( 70 tahun ) · Imam Tirmizi mula mempelajari hadis ketika umur 10 tahun. Beliau mula merantau pada umur 25 tahun dan sehingga mencecah 20 tahun lamanya. · Antara kitab-kitab yang dikarang oleh Im...