EVAKUASI : BAKI TERAKHIR ANAK PULAU PINANG SELAMAT PULANG

KAHERAH, 27 Ogos 2013 : Hari ini, seramai 29 orang anak-anak Pulau Pinang selamat berlepas ke Malaysia petang tadi pada jam 1.30 petang waktu Kaherah dengan menaiki pesawat Air Asia. Kumpulan ini adalah baki terakhir dalam senarai peserta Evakuasi Sukarelawan 2013 bagi Negeri Pulau Pinang. Mereka yang terdiri daripada 18 orang ikhwah, 6 orang akhawat dan diiringi 5 orang exco BKPPPM. Penerbangan petang tadi dijangka akan sampai di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 6 pagi waktu Malaysia. Ketibaan mereka di sana akan disambut oleh wakil persatuan yang berada di Malaysia dan akan disediakan pengangkutan pulang ke Pulau Pinang. Baki terkini pelajar-pelajar Pulau Pinang yang masih tinggal di Mesir adalah seramai 56 Orang terdiri daripada 38 Orang lelaki dan 18 Orang Perempuan. Mereka dijangka tidak akan pulang berikutan keadaan dan situasi Mesir kian stabil dan aman. Berikut adalah nama peserta Evakuasi pada hari ini :- AHMAD ...