LAWATAN KERAJAAN NEGERI ERATKAN LAGI HUBUNGAN DUA HALA

AJKT BKPPPM BERSAMA DELEGASI DI AIRPORT

KAHERAH 19 November 2012 : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) telah menerima kunjungan delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-bari ini yang diketuai oleh YB. Dato` Dr. Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Turut bersama beliau, YB. Dato` Abdul Malik Abul Kasim ( Exco Hal Ehwal Agama ), YB. Dato` Mohd Salleh Man ( YDP MAINPP ), YB. Hj Makhtar Shafie ( TYDP MAINPP ), Ybhgia Dato Haji Yusof Wazir ( Timbalan SUKPP ), Tuan Mohd Redzuan Abdul Wahab ( Pegawai Hal Ehwal Pelajar MAINPP ), Tuan Haji Muhammad Anuar Abdul Hamid ( Pengurus Besar YIPP ) dan En. Mohd Fitri Ibrahim Pegawai Khas YIPP.

Dalam siri lawatan 3 hari 2 malam, delegasi kerajaan negeri telah mengadakan ramah-mesra bersama mahasiswa/wi Pulau Pinang yang merupakan tujuan utama ke sini di Dewan Kristal Sally Mall di bawah anjuran BKPPPM. Selain mengadakan ramah mesra bersama mahasiswa/wi di sini, delegasi juga turut mengadakan lawatan rasmi ke Kedutaan Besar Malaysia ke Kaherah ( KBMK ) dan Al- Azhar As-Syarif. Lawatan ke Al-Azhar, delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah disambut meriah oleh Profeser Dr. Usamah Abdu, Rektor Universiti Al-Azhar.

Selain itu, ahli delegasi juga turut mengunjungi Rumah Asrama Pulau Pinang bagi meninjau keadaan prasarana anak-anak Pulau Pinang di bumi Mesir ini. Pihak kerajaan negeri juga turut memberi jaminan sedia membantu dalam apa jua bentuk bagi memberikan keselesaan dan menjayakan agenda pendidikan. Kedatangan delegasi Kerajaan Negeri ke sini mudah-mudahan menambah eratkan lagi hubungan antara pihak persatuan dan kerajaan negeri. Ahli delegasi telah berangkat ke Jordan pagi kelmarin dalam meneruskan lagi siri lawatan ke Timur Tengah setelah Mesir.




Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL