Wakil PMRAM Ke Pejabat Rasmi Ketua Menteri Melaka

MELAKA, 24 Januari - Wakil PMRAM yang diketuai oleh Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman telah melakukan kunjungan ke kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Ali Rustam. Turut bersama ialah Saudara Labib Abdul Jalil, Mantan Ketua Badan Sambutan Dan Rehlah PMRAM 2009 dan Saudara Amaluddin, mantan Naib Setiausaha Agung PMRAM 2009. Kunjungan tersebut hadir seawal jam 8.00 pagi di tempat kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, Melaka. Tujuan kunjungan tersebut adalah bagi menyerahkan surat penjelasan mengenai tuduhan dikenakan ke atas PMRAM ketika lawatan rasmi Dato Seri Ali Rustam ke Mesir bagi merasmikan wisma baru Melaka baru-baru ini. Namun perjumpaan tersebut terpaksa ditunda ekoran Dato Seri terpaksa menghadiri mesyuarat khas berikutan keja bagi pengurusan suruhanjaya pilihanraya ekoran kematian ADUN Merlimau, Dato Mohamad Hidhir pada hari Jumaat baru-baru ini. Dan juga Dato Seri dijadualkan akan ke Tenang selepas daripada mesyuarat ...