Islam adalah agama baru di Belgium dan Eropah Barat

Suasana Islam di Belgium

Wawancara Islamonline Bersama Philip Fouts di Antwerp, Belgium

Memiliki pengalaman luas dan tempoh yang panjang dalam bidang media Belgium, beliau tidak berbelah bahagi atas perkara kebenaran dan berani menyatakan kepalsuan. Beliau sudah lama berkecimpung dalam bidang penyiaran radio dan televisyen milik Kerajaan Belgium, dan kini ditugaskan selaku penulis awam di Majlis Akhbar Belgium sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan menangani setiap laporan-laporan kes penentangan media massa.


Philip Fouts media warganegara Belgium menegaskan dalam wawancara dengan "Islam Online", gambaran yang dilaporkan oleh media massa Eropah terhadap Islam dan penganutnya sentiasa negatif, tidak seperti yang sebenarnya. Memerlukan usaha gigih bagi menjernihkan persepsi masyarakat akan kebenaran gambaran Islam yang sebenar.

Menurut pendapat Philip Fouts, hakikat pada permasalahan ini ialah apabila lenyapnya kerjasama erat dikalangan wartawan kedua-dua pihak. Mereka tidak mengenali bagaimana untuk berinteraksi bersama media. Tindakan wartawan yang ekstrim di kedua-kedua pihak bakal mengeruhkan hubungan antara Barat dan Islam.
S:Anda berkata gambaran dan persepsi Islam disisi media Barat negatif. Ini menyebabkan pergeseran terhadap umat Islam dan memburukkan hubungan Islam dengan Barat serta menghalang usaha dialog di antara mereka. Apakah punca yang menjadikannya terjadi?

Antara golongan anti-Islam di Belgium

Ya, itu adalah gambaran dan persepsi negatif kerana timbul masalah dalam memberi gambaran contoh mengenai masyarakat asing di Eropah. Agama Islam bagi mereka hanyalah agama bagi masyarakat pendatang. Gambaran mengenai Islam akan bergantung dan terkesan pada persepsi mereka mengenai agama Islam itu sendiri. Didapati, disana terdapat kelemahan besar dalam memberi gambaran mengenai Islam pada seluruh media massa. Tidak kira pada peringkat editor, penerbit ataupun kerjasama di antara institusi-institusi penyiaran.

Di Belgium sebagai contohnya, hanya 1 peratus sahaja dikalangan media melaporkan gambaran mengenai masyarakat pendatang ini sedangkan dalam masa yang sama nisbah mereka di dalam kependudukan masyarakat menjangkau 10 peratus atau lebih. Realiti menyebabkan persepsi dan gambaran jelas mengenai Islam sering tersasar dan menyimpang kepada negatif kerana peratusan pendatang itu merupakan umat Islam.



Seperti juga yang berlaku mengenai pandangan dan persepsi dalam hubungan di antara wartawan-wartawan Belgium dan Barat secara umum mengenai Islam. Mereka tidak melaporkan dan menggambarkan Islam melalui penganutnya walaupun menjadi polisi mereka bertindak melaporkan mengikut sumber yang sebenarnya. Media yang ditubuhkan pada hari ini merupakan dari orang kulit putih. Apa yang dilaporkan mengenai Islam hari ini tidak lebih sekadar hasil maklumat yang di ambil daripada masyarakat kulit putih, penduduk majoriti berbanding golongan minoriti iaitu umat Islam. Ini merupakan sebab pertama yang berlaku.

Alasan kedua pula ialah peristiwa penting yang berlaku kebelakangan tahun ini mengenai tuduhan Islam melahirkan militan, pendudukan pasukan tentera Barat di Iraq dan Afghanistan. Ini makin melahirkan ketegangan kepada pihak Barat dan Islam apabila laporan yang dipaparkan menyimpang dan bersikap negatif terhadap Islam.

Alasan ketiga adalah bahawa Islam adalah agama baru di Belgium dan Eropah Barat umumnya. Komuniti ini masih tidak mendapat tempat dikalangan masyarakat meskipun melalui institusi-institusi yang ditubuhkan. Terdapat juga permasaahan perselisihan yang menyebabkan pandangan negatif Islam itu sendiri.

Dari aspek lain pula, seluruh golongan minoriti agama di Belgium mempunyai hak di dalam program siaran radio dan televisyen kerajaan. Akan tetapi Islam masih tidak upaya untuk menjayakan skop tersebut bagi memberi penerangan jelas mengenai agama sucinya.

Sehingga kini, tidak ada lagi media massa Islam atau program-program Islamik di dalam media massa. Saya berpandangan ianya wajar diwujudkan. Suara dan pandangan kesederhanaan Islam tidak terlalu ekstrim perlu diketengahkan melalui bidang ini.

Ini adalah beberapa elemen yang menyumbang pada gambaran negatif dari umat Islam di Barat pada khususnya dan Islam pada umumnya di media Eropah, dan membuat mereka memberikan persepsi negatif yang bertentangan dari kebenaran.

S:Tapi pandangan umat Islam, mereka berpendapat bahawa kebanyakan dari media menolak untuk menyajikan kebenaran tentang mereka dan sengaja disalahgunakan serta menyimpang daripada hakikat agama mereka. Mereka menegaskan, penerangan sebenar dan pembetulan gambaran sebenar Islam amat lemah atau seakan tidak wujud dalam media massa Barat. Apa pandangan anda tentang situasi ini?

Ya, ada kecenderungan di media yang menuju ke arah perselisihan. Menceritakan kisah yang sepatutnya benar kepada cerita yang palsu. Berlebihan dalam menceritakan kepalsuan sesebuah cerita.

Dari sudut lain pula, faktor umat Islam, ada juga masalah. Bahawa banyak daripada mereka tidak memahami konsep media massa. Seandainya mereka faham, maka akan diketahui bagaimana menggunakan konsep

Sidang Dialog


Wartawan harus bertindak secara profesional. Tugas kita adalah untuk mencari kebenaran dan menyampaikan kebenaran tersebut. Tidak wajar mencari perselisihan dan pertikaian. Eropah merupakan negara yang memiliki penduduk yang pelbagai. Media berperanan memberi gambaran mengenai multi-agama ini supaya wujud dikalangan mereka hubungan baik dan pertalian di antara mereka.

S:Apa yang diperlukan dari Muslim?

Umat Islam disarankan memahami konteks bidang media dan tugasnya. Mereka perlu berusaha sedaya upaya untuk menceburi bidang ini untuk memainkan peranan mereka dalam bidang penyiaran.

Catatan: Terdapat isi asal kandungan petikan wawancara ini yang dibuang terutama pandangan penulis ini mengenai isu karikatur nabi di Sweden sebelum ini. Ia bertujuan mengelakkan persepsi dan salah tanggap pembaca mengenai pendirian penyunting artikel ini. Wartawan terbabit menyokong tindakan pelukis karikatur baginda nabi atas peruntukan kebebasan bersuara masyarakat tanpa menghiraukan sensitiviti penganut agama lain. Sila rujuk artikel asal.

Di Olah dari: IslamOnline

Dipetik dari : PMRAM - We Care ISLAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL