KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW Tujuan kita mempelajari Sirah Nabi adalah bukan sekadar untuk mengetahui kejadian-kejadian bersejarah yang telah dilalui oleh nabi kita Muhammad sebagaimana kita mempelajari teks-teks sejarah lain. Di sana terdapat tujuan-tujuan yang lebih penting untuk kita mempelajari sirah Rasulullah. Apabila menghayati sirah nabi, seseorang Islam itu akan lebih memahami hakikat Islam. Ini kerana hakikat Islam itu sendiri keseluruhannya terkandung dalam keperibadian Rasulullah dan seluruh perjalanan hidupnya. Di antara objektif utama kita menghayati sirah Rasulullah boleh disimpulkan seperti berikut: 1. Memahami syakhsiah (keperibadian) Nabi Muhammmad SAW melalui riwayat hidupnya dan suasana yang dialami dalam hidupnya. Dengan menghayati syakhsiah dan kehidupan ini dapat menguatkan keyakinan kita bahawa Nabi Muhammad bukan sahaja pintar di kalangan kaumnya bahkan telah di bantu oleh bantuan wahyu yang telah diturunk...
Mengenal Peristiwa-peristiwa Penting Dalam Sejarah di Bulan Muharram. Kita sebagai umat agama Islam sepatutnya mengetahui peristiwa-peristiwa besar yang terjadi dalam 12 bulan Islam atau disebut kalender Hijriyah. Sebelum itu mari kita mengenali bagaimana sejarah kalender Hijriyah dicipta. Kalender Hijriyah bermula sejak tahun 682 Masihi. Kalender itu terbentuk setelah Amirul Mukminin Umar bin Khathab RA mengalami sebuah masalah, yaitu masalah administrasi, yang diadukan oleh sahabat Abu Musa Al-Asy’ari ra, yang ketika itu menjabat sebagai gubenor di kota Bashrah, kerana masalah membezakan tahun di surat-surat yang dikirim oleh Amirul Mukminin untuknya. Maka dikumpulkanlah para pembesar sahabat Nabi SAW sekaligus penasihat-penasihat Amirul Mukminin, berunding untuk menetapkan bilakah sepatutnya dimulakan kalender tahun dalam Islam. Sebahagian sahabat mengusulkan agar ditetapkannya awal tahun Islam adalah tahun diutuskan Rasulul...
Dalam ketatanegaraan Islam dikenal istilah ‘ahli syura’. Posisinya yang sangat penting membuat keberadaannya tidak mungkin dipisahkan dengan struktur ketatanegaraan. Kerana bagaimanapun bagusnya seorang pemimpin, ia tetap tidak akan pernah lepas dari kelemahan, kelalaian, atau ketidaktahuan dalam beberapa hal. Sehinggakan Nabi Muhammad s.a.w pun diperintahkan untuk melakukan syura. Apatah lagi orang lain. Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa’di r.h. mengatakan: “Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya -padahal baginda adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya, dan paling elok akhlaknya- ‘Maka bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu’, maka bagaimana orang lain yang selain beliau?” (Taisir Al-Karimirrahman, hal. 154) Kata asy-syura (الشُوْرَى) adalah ungkapan lain dari kata musyawarah (مُشَاوَرَةٌ) atau masyurah (مَشُوْرَةٌ) yang dalam bahasa kita juga dikenali dengan musyawarah, sehingga ahli syura...
Comments