Posts

LAPORAN HARI TAKLIMAT & SILATURRAHIM 2016 (HTS 16)

Image
HTS’16 - Hari Taklimat & Silaturrahim 2016 (HTS’16) merupakan salah satu program di bawah Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) yang telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 25 dan 26 Julai 2016. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan mahasiswa/wi baru ke bumi Mesir di samping memperkenalkan BKPPPM kepada mahasiswa/wi baru. Selain itu juga, membentuk kerjasama serta menyemai ukhuwah dalam kalangan mahasiswa/wi baru dengan mahasiswa/wi lama. Hari Taklimat & SIlaturrahim 2016 (HTS’16) telah disertai oleh 52 orang peserta khususnya mahasiswa/wi baru BKPPPM dengan bertemakan “Towards A Better Generation (Ke Arah Generasi Yang Lebih Baik)”. Pelbagai pengisian yang menarik telah diadakan, antaranya ialah Forum Mahasiswa, Diskusi Kitab, Sejarah BKPPPM, Senat Fakulti, Penerangan UBM, Hisbah, Kesihatan dan Keselamatan, Explorace, Gerak Kerja Berkumpulan (GKB) dan diakhiri dengan Persembahan Malam Kebudayaan. Semoga peserta-peserta yang telah menyertai Hari Takl...

LAPORAN PROGRAM RIUH’16 (RIANG RIA HARI RAYA)

Image
LAPORAN PROGRAM RIUH’16 (RIANG RIA HARI RAYA) Saban tahun Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menganjurkan program Hari Raya Aidifitri di bumi Mesir . Program tersebut diteruskan lagi pada tahun ini dengan diberi nama “Riang Ria Hari Raya” (Riuh’16) dan bertemakan “Download Lebaran, Share Kebahagiaan”. Program ini telah berlangsung di Dewan Soleh Al-Masri, Asrama Pulau Pinang pada 5, 6, 7 & 9 Julai 2016 selama empat hari. Persiapan program telah diadakan sehari sebelum iaitu pada hari Isnin 4 Julai 2016. Antara objektif program raya pada tahun ini adalah untuk menghimpunkan seluruh ahli BKPPPM dan menghubungkan silaturrahim serta mengeratkan ukhuwah islamiyah di kalangan ahli. Isnin 4 Julai jam 4.00 petang diadakan acara gotong-royong di perkarangan asrama bagi ikhwah manakala di sebelah akhawat di syaqqah masing-masing. Selasa 5 Julai, program diteruskan dengan acara gotong-royong menyiapkan persiapan dewan. Malam hari tersebut, selepas solat Is...

Kursus Persediaan Ke Timur Tengah (KUSARA) 2016

Image
Kepala Batas : Seramai 65 orang mahasiswa yang akan ke Mesir, Jordan dan Maghribi telah menyertai Kursus Persediaan Ke Timur Tengah (KUSARA) 2016. Kursus yang dianjurkan bersama Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEIPP) dan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah diadakan selama 3 hari bermula 21 Jun hingga 23 Jun 2016 bertempat di Hotel Sri Malaysia itu telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEIPP)  Dato' Haji  Sazali Bin Hussien. Kursus tersebut diadakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada mahasiswa mahasiswi yang bakal melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Antara slot yang diberikan dalam kurus tersebut adalah sembang santai " orang arab ", Pengenalan Al-Azhar, Sistem Pembelajaran, Siapakah Al-Azhari, Kenali BKPPPM dan Bengkel Persediaan Imtihan Qabul. Semoga peserta-peserta yang telah menyertai kurus dapat mengambil manfaat dan me...

Hikmah Disunatkan Segera Berbuka Puasa?

Image
Sebab apa Allah s.w.t memerintahkan supaya disegerakan berbuka puasa?.Sengaja melambat-lambatkan berbuka itu, dikatakan boleh mengurangkan pahala puasa. Jika ikut pada hukum akal kita yang bodoh ini, apa salahnya jika kita berbuka puasa pada jam 10.00 malam, 12.00 malam atau jam 2.00 pagi?. Tidakkah itu menunjukkan lebih islamik?. Lagi lambat kita berbuka puasa, sepatutnya lagi bertambahlah pahala yang kita dapat!. Sebaliknya lagi lambat kita berbuka, malahan pahala puasa kita lagi berkurangan. Di tangan para cendiakawan, tulisan adalah ungkapan hati yang tidak boleh disampaikan melalui kata-kata. Kerana itulah makanya, tulisan para cendiakawan itu, menjadi unik lagi mengagumkan, tetapi kadang-kadang ianya sulit untuk difahami. Itulah makanya karya serta tulisan mereka mengundang kekaguman ramai!. Sunnah menggalakkan supaya cepat berbuka, adalah bagi menggambarkan dan menuntut kita supaya menikmati kurniaan nikmat, rahmat dan barokah Allah s.w.t yang ringan, yang berupa makan...

QANUN DARIPADA WAHYU UNTUK JENAYAH - Hudud , Qisas , Diat & Takzir

Image
“Di bawah undang-undang jenayah (atau lebih dikenali sebagai Kanun Jenayah Syariah) terbahagi ia kepada 4 bahagian: HUDUD, QISAS, DIAT dan TAKZIR. Dan perlu difahami bahawa hukum Islam ini adalah bertujuan untuk mencegah manusia dari melakukan maksiat dan kerosakan bukan tujuan untuk menghukum secara semberono atau zalim. APA ITU HUDUD? Hudud adalah sebahagian daripada undang-undang syariah di bawah bab Kanun Jinayah Syariah. Adapun undang-undang syariah itu terdapat di dalamnya banyak bentuk undang-undang; antaranya ialah undang-undang jenayah, undang-undang munakahat, undang-undang ekonomi, undang-undang perlembagaan Islam  dan bermacam-macam lagi undang-undang Islam yang lain. Di bawah undang-undang jenayah ( atau lebih dikenali sebagai Kanun Jenayah Syariah) ini terbahagi pula kepada 4 jenis.Ia itulah hudud, qisas, diat dan takzir. A) Makna HUDUD: bermakna batasan yang dibuat oleh ALLAH SWT dan ia tidak boleh dilanggar oleh sesiapa pun.Contohnya; kalau se...

Istilah Nakbah? Apakah itu Nakbah

Image
Tanggal 31 ogos merupakan tarikh bersejarah buat Negara Malaysia kerana berjaya bebas dari belenggu jajahan british. Saat yang menggembirakan pabila menggambarkan laungan ‘ MERDEKA ‘ bersahutan di stadium merdeka. Betapa bahagia rakyat Malaysia saat itu. Malaysia melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Tarikh 16 mei juga menjadi sebutan saban tahun. Masakan tidak, segala jasa guru diabadikan pada hari tersebut. Namun, pernahkah terdetik di hati kita akan tarikh bersejarah 15 mei 1948? Jika Malaysia mempunyai detik bersejarah yang membanggakan, namun, sebaliknya telah berlaku pada sahabat seislam kita di palestin. Ya, sudah pasti meruntun hati kita. Pernahkah anda mendengar istilah nakbah? Apakah itu nakbah? Jom kita susuri sejarah nakbah Palestin. Moga dengan sejarah ini mampu terus menaikkan semangat juang kita seterusnya menggegar dunia palestin yang sejak sekian lama suram. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin pula bermaksud penubuhan Ne...

SYRIA BERDARAH

Image
DAMSYIK - Sebanyak 64 terbunuh dalam beberapa siri serangan di bandar Aleppo semalam dan awal hari ini, menyaksikan orang awam tidak berdosa menjadi korban perang saudara yang berlanjutan sejak 2011. Dalam serangan udara tentera Syria di Hospital Al Quds di daerah Sukkari, semalam, sebanyak 30 maut termasuk orang awam, kakitangan hospital dan satu-satunya pakar pediatrik di Aleppo, Dr. Wasem Maaz. Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria memaklumkan, 14 daripada jumlah itu adalah pesakit. Menurut badan itu, Hospital Al Quds dibedil sebanyak empat kali dan jumlah kematian dijangka me­ningkat susulan banyak mangsa masih terpe­rangkap di bawah runtuhan. Di lokasi berasingan, serangan udara di dua kawasan penempatan dikuasai kumpulan penentang di al-Kalasa, Aleppo hari ini, membunuh sekurang-kurangnya 20 orang. Video dikeluarkan aktivis me­maparkan situasi panik di lokasi kejadian termasuk seorang lelaki mengangkat anak perempuannya sejurus dikeluarkan daripada runtuhan bangunan. Sa...