Penangguhan Konvensyen PMRAM & DPM ‘11
KAHERAH , 15 Sept - Penganjuran konvensyen PMRAM & DPM ’11 yang dijadualkan berlangsung pada bulan September ini sebagaimana yang dimaklumkan sebelum daripada ini terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak . Hal ini disebabkan oleh berlaku beberapa pertembungan sumber tenaga yang agak kritikal ekoran daripada kedatangan mahasiswa baru ke perlembahan Nil ini lebih-lebih lagi tuan rumah kepada Konvensyen kali ini iaitu DPM Tanta yang terpaksa mengerah sumber tenaga semaksima mungkin bagi membantu Perubatan Cawangan Tanta (PCT) menyambut dan membuat persiapaan menerima ketibaan mahasiswa baru di sana . Justeru , setelah meneliti , mengkaji , berbincang dan menilai pendapat serta pandangan ahli-ahli , pihak PMRAM bersetuju untuk menangguhkan konvensyen tersebut ke suatu tarikh yang lain. “ Oleh yang demikian pihak PMRAM mengharapkan agar set...