ARTIKEL BIAH SOLEHAH | PEMBENTUKAN FIKRAH DAN SAHSIAH

ARTIKEL UNIT BIAH SOLEHAH PEMBENTUKAN FIKRAH DAN SAHSIAH Tajuk : Kefahaman Fikrah Dan Sahsiah Imam Hassan Al-Banna telah menegaskan : "Pembentukan suatu ummah, pendidikan suatu bangsa, pencapaian cita-cita dan pendukungan prinsip memerlukan kekuatan jiwa yang besar dari ummah atau bangsa yang ingin mencapai cita-citanya itu. Kekuatan jiwa yang terjelma dalam kemahuan yang kuat dan tak mengenal lemah, kesetiaan yang terpadu, tak mudah terpengaruh, dan tak kenal uzur; memiliki pengorbanan yang tinggi yang tak terhalang oleh perasaan tamak; mengenal serta mengimani dan memandang tinggi terhadap prinsip perjuangan sehingga seseorang dapat memelihara diri dari penyelewengan atau terpedaya oleh prinsip-prinsip lain". Beliau menjelaskan bahawa pembinaan sahsiah dan fikrah ini adalah merupakan titik permulaan dalam dakwah seterusnya yang menjadi batu-bata dalam pembinaan masyarakat umat islam. Itulah matlamat kita selaku hamba yang mengucapkan dua kalimah syahadah. Oleh kerana itu...