29 MEI 1453 KOTA KONSTANTINOPEL BERJAYA DITAWAN

PEMBUKAAN KOTA KONSTANTINOPEL OLEH SULTAN MUHAMMAD AL FATEH PADA TAHUN 29 MEI 1453 MASIHI Konstantinopel atau kini dikenali sebagai Istanbul adalah merupakan salah sebuah bandar yang istimewa dan sangat bersejarah di dunia. Ianya telah diasaskan oleh Maharaja Rom yang bergelar Emperor Constantine pada tahun 330M. Konstantinopel begitu strategik dari sudut ketenteraan, perniagaan, perhubungan dan politik pemerintahan antarabangsa sehinggakan Napoleon Bonaparte (Panglima dan Pemimpin Perancis 1769-1821) mengatakan bahawa kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel adalah bandar yang paling layak menjadi ibu kotanya. “If the Earth were a single state, Constantinople would be its capital.” Di dalam sejarah Islam, keistimewaan Konstantinople telah pun diumumkan oleh Rasulullah ﷺ sendiri ketika Baginda ﷺ menggali Parit Khandaq dengan sabdanya: “Konstantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam....