MINDA PIMPINAN | MADRASAH RAMADAN, BERSEDIAKAH KITA ?
    Assalamualaikum w.b.t   Tidak lama lagi umat islam akan menyambut bulan yang ditunggu-tunggu iaitu Ramadan al Kareem. Apa tidaknya, bulan Ramadan merupakan salah satu daripada bulan-bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT, serta dijanjikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda bagi siapa yang mengerjakan amal soleh.   Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :   إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ  "Apabila tiba Ramadhan, akan dibuka pintu syurga, dan akan ditutup pintu neraka, dan syaitan pun dibelenggu."   Sejarah pensyariatan puasa :   Puasa Ramadan difardukan pada bulan Syaaban tahun kedua hijrah. Sebelum itu puasa telah diketahui oleh umat-umat sebelumnya dan juga ahli kitab yang hidup sezaman dengan Nabi SAW.   Firman Allah SWT dalam Al Quran :   یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ  (Surat A...
