LAPORAN HARI KELUARGA BKPPPM | OLYMPIC '20

LAPORAN HARI KELUARGA 2020 BKPPPM (OLYMPIC`20) 16 FEBUARI 2020, KAHERAH – Program Hari Keluarga yang diberi nama Our Lovely Family in Precious Moments (OLYMPIC’20) telah berlangsung dengan jayanya selama enam hari bermula daripada 11 Februari 2020 sehingga 16 Februari 2020 dengan bertemakan When there is UNITY, There is always VICTORY bertempat di Asrama Pulau Pinang, Hayyu Sabiek, Kaherah. Objektif program ini adalah untuk menghimpunkan seluruh ahli BKPPPM di Mesir, mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhwah antara ahli pengajian Islam dan sains perubatan serta membina kasih kekeluargaan dalam kalangan ahli BKPPPM. OLYMPIC`20 telah membuka tirainya dengan pengisian menarik iaitu daurah Kitab Makhzan Al-Jawahir Fi Solatil Musafir yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Bin Hussin, Fasilitator Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) 2019/2020. Daurah ini berlansung selama tiga hari bermula dari 11 F...