Kemerdekaan Yang Hakiki

Saban tahun Malaysia tidak pernah gagal memperingati bulan kemerdekaannya. Tarikh 31hb Ogos 1957 dianggap sebagai tarikh keramat dan menjadi hari kebesaran negara kerana ia mengingatkan detik kemerdekaan tanah air setelah lebih 400 tahun dijajah oleh pelbagai bangsa dan yang terakhirnya adalah British. Walaupun ramai yang mendakwa bahawa negara telah mencapai kemerdekaan, tetapi apakah kita mencapai erti merdeka yang sebenarnya? Di Sebalik Perhambaan Definisi merdeka ialah bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain. Merdeka juga membawa maksud tidak bergantung pada yang lain iaitu berdiri dengan sendiri. [1] Kemerdekaan bagi sesebuah negara pula bermaksud ia bebas daripada penjajahan fizikal dan kawalan kuasa lain. Negara yang merdeka adalah negara yang bebas membuat keputusan dan menentukan hala tuju samada dari aspek struktur pemerintahan, ekonomi, pendidikan dan sosial budaya. Kemerdekaan bagi seseorang individu pula bermaksud dirinya tidak dik...