LAPORAN RAYA ANAK PERANTAUAN BKPPPM 2018 ( RANTAU '18 )
RUMAH PULAU PINANG , HAYYU SABIK _ 15 JUN HINGGA 18 JUN 2018 : Program sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini diberi nama RANTAU '18 iaitu singkatan daripada Raya Anak Perantauan 2018 dengan bertemakan " Seindah Aidilfitri Hubungkan Silaturrahim " . RANTAU '18 telah berlangsung selama 4 hari bermula dari 14 Jun hingga 18 Jun 2018 . Objektif program ini adalah untuk menjayakan pembawaan YD P BKPPPM sesi 17/18 dibawah item Wehdah serta mempereratkan ahli BKPPPM di perlembahan Nil sempena sambutan hari raya pada tahun ini . Raya Anak Perantauan 2018 dimulakan pada 14 Jun 2018 dengan aktiviti malam perasmian. Majlis tersebut dimulai dengan ucapan saudara Muhamad Nur Aiman bin Mohd Zuki selaku pengarah RANTAU '18 , diikuti dengan ucapan serta perutusan raya 2018 daripada Yang DiPertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, saudara Muhammad Safwan Bin Azzmi dan diter...