LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE-40

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE-40 KAHERAH, 19 OKTOBER 2017 - Bertempat di Dewan Soleh al-Masri, Hayyu Sabi’e, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) kali ke-40 telah berlangsung dengan jayanya bertemakan “Syura Diaplikasi Kepimpinan Dirahmati”. Majlis perasmian bermula pada jam 8.00 malam dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi umum iaitu Saudara Muhammad Arif Bin Muazmmil. Seterusnya, majlis diserikan dengan bacaan ayat suci al-Quran daripada pelajar pengajian Maahad Qiraat Shoubro saudara Muhammad Nor Saleh Bin M F Rahimi . Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Program MAT BKPPPM kali ke-40, Ustaz Muhammad Hafizuddin Bin Mat Nasir, Yang Dipertua BKPPPM Ustaz Ahmad Fariz Bin Mohd Zaini dan majlis dirasmikan dengan ucapan Perasmi Program Mat kali ke-40 oleh Dr. Muhamad Iman Bin Fadzil. Dalam ucapan perasmi beliau ada mengatakan bahawa keberlangsungan BKPPPM selama 40 tahun ini memerlukan sokongan daripad...