LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA EIDUL ADHA (SAHARA ’16)
LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA EIDUL ADHA (SAHARA ’16) KAHERAH- AHAD,19 SEPTEMBER 2016 –Hari Raya Eidul Adha merupakan salah satu hari kebesaran umat islam yang diraikan setiap tahun bagi memperingati sejarah pengorbanan Nabi Ismail a.s dan ayahndanya Nabi Ibrahim a.s. Di kesempatan itu, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menganjurkan satu program khusus bagi meraikan anak-anak Pulau Pinang yang diberi nama Sambutan Hari Raya Eidul Adha (SAHARA ’16). SAHARA ’16 berlangsung selama 6 hari yang bermula pada 7 September 2016 dan melabuhkan tirainya pada 14 September 2016. Pelbagai aktiviti yang menarik telah disajikan bagi meraikan hari raya Eidul Adha pada tahun ini.Tanggal 7 September, SAHARA’16 telah membuka tirainya dengan pengisian yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Majdi Zakaria mengenai Teori Fiqh Haji dan Umrah dan diteruskan pada hari yang berikutnya dengan Kursus Praktikal Haji & Umrah yang disampaikan oleh Ustaz Faqrurrozi Ab...