LAPORAN HARI TAKLIMAT & SILATURRAHIM 2016 (HTS 16)

HTS’16 - Hari Taklimat & Silaturrahim 2016 (HTS’16) merupakan salah satu program di bawah Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) yang telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 25 dan 26 Julai 2016. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan mahasiswa/wi baru ke bumi Mesir di samping memperkenalkan BKPPPM kepada mahasiswa/wi baru. Selain itu juga, membentuk kerjasama serta menyemai ukhuwah dalam kalangan mahasiswa/wi baru dengan mahasiswa/wi lama. Hari Taklimat & SIlaturrahim 2016 (HTS’16) telah disertai oleh 52 orang peserta khususnya mahasiswa/wi baru BKPPPM dengan bertemakan “Towards A Better Generation (Ke Arah Generasi Yang Lebih Baik)”. Pelbagai pengisian yang menarik telah diadakan, antaranya ialah Forum Mahasiswa, Diskusi Kitab, Sejarah BKPPPM, Senat Fakulti, Penerangan UBM, Hisbah, Kesihatan dan Keselamatan, Explorace, Gerak Kerja Berkumpulan (GKB) dan diakhiri dengan Persembahan Malam Kebudayaan. Semoga peserta-peserta yang telah menyertai Hari Takl...