KESAN TPPA KEPADA MAHASISWA

Assalamualaikum.. TPPA ini ialah kesinambungan dari FTA (Free Trade Agreement) ataupun versi baru FTA. Perjanjian yang diusahakan pada tahun 2005 ini gagal dimeterai kerana mendapat tentangan hebat dari pelbagai NGO seperti TERAS, CAP dan NGO-NGO lain. Mereka melihat FTA ini sebagai penjajahan ekonomi dan akan mengancam kedaulatan Malaysia. Oleh kerana masa yang suntuk dan perjanjian yang kompleks rundingan FTA gagal dimuktamadkan. Setelah sekian lama FTA menyepi akhirnya ia muncul semula dengan nama baru iaitu TPPA. Apa yang mahu disampaikan adalah kesan TPPA terhadap Mahasiswa. Kesannya ialah akses kepada dunia ilmu dan pendidikan yang akan semakin mahal andainya bab hak harta intelek atau intellectual property rights (IPR) tidak berjaya ditangani dengan baik. Isu hak cipta atau copyrights khususnya berkaitan pembelian jurnal ilmiah secara ‘online’ turut akan memberikan kesan langsung kepada mahasiswa. Antara cadangan dalam TPPA ialah penetapan tempoh akses dalam man...