FACULTY `15 :- MENAMBAH THAQAFAH AHLI BKPPPM..

Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ,BKPPPM pada sesi ini telah menjayakan satu program iaitu minggu thaqafah. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli serta mengeratkan hubungan silaturrahim. Firman Allah SWT dalam kitab-Nya yg mulia.. “Dan berpeganglah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah…” (Surah Ali Imran : 103). Sesuai dengan firman Allah SWT, minggu thaqafah pada kali ini diberi nama FACULTY’15, Fiesta Conference Of Thaqofi yang bertemakan akidah ahli sunnah wal jamaah telah berlangsung dengan jayanya selama 5 hari bermula 16 ogos 2015 sehingga 20 ogos 2015 di Dewan Soleh Al-Masri BKPPPM. Program bermula pada 16 Ogos 2015 selepas isya’ dengan sesi pendaftaran dan dirasmikan oleh Penasihat Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, ustaz Muhammad Zikri bin Mohamad Zaki. Banyak pengisian ilmiah telah disusun oleh pihak pelaksana, antaranya pada hari kedua 17 ogos diadakan kuliah haraki selepas sub...