SIMFONI DI AIDILFITRI (SELFIE `15) MENCERIAKAN SUASANA AIDILFITRI DI PERANTAUAN

LAPORAN PROGRAM SELFIE ’15 ( SIMFONI DI AIDILFITRI ) Saban tahun Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM ) telah menganjurkan program hari raya Aidilfitri di bumi Mesir ini dan program tersebut diteruskan lagi pada tahun ini dengan di beri nama “ Simfoni di Aidilfitri “ ( Selfie ’15 ) dan bertemakan “ Ramadhan Bertaqwa, Syawal Bermakna ” yang telah berlangsung di sutuh BKPPPM pada 17 Julai 2015 sehingga 19 Julai 2015 selama tiga hari berturut-turut. Persiapan program telah diadakan dua hari sebelum iaitu pada hari Rabu 15 Julai dan Khamis 16 Julai 2015. Antara objektif program raya pada tahun ini adalah untuk menghimpunkan seluruh ahli BKPPPM dan menghubungkan silaturrahim serta mengeratkan ukhuwah Islamiyah di kalangan ahli. Rabu 15 Julai jam 10.00 malam diadakan acara gotong-royong di sutuh bagi ikhwah manakala di sebelah akhawat di syaqqah masing-masing. Khamis 16 Julai jam 4.00 petang, program diteruskan dengan acara gotong-royong membersihkan kaw...