BAZARIA MUTIARA `15 : IQTISODIAH ISLAMIAH, INSPIRASI SUNNAH

RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIE’ – 15, 16, 17 & 18 MAC 2015: Belum sempat menghilangkan lelah selepas bersama-sama menjayakan Hari Keluarga (MAX’IS 15), seluruh ahli Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) bersatu tenaga menyiapkan persiapan sempena BAZARIA MUTIARA’15 yang bermula pada 15 Mac 2015 sehingga 18 Mac 2015 yang bertemakan “Iqtisodiah Islamiah, Inspirasi Sunnah” yang dikelolakan oleh saudara Muhammad Hanif Bin Ramli (Pengarah), Saudari Nur Adilah Binti Abdul Halim (Timbalan Pengarah) dan kesemua adhoc pelaksana yang turut bertungkus lumus menjayakan program ini. Bazar yang berlangsung selama empat hari itu menampakkan kemeriahan sesuai dengan konsep “Walimatul ‘Urus” pada tahun ini dan tidak dilupakan kehadiran para pengunjung yang tidak putus-putus dari waktu bermulanya urusniaga sehingga ke malam. YDP, Presiden PMRAM & Penasihat PMRAM Badan Pengurus PMRAM Bakal HEWI PMRAM. ...