JOM KENALI KITAB..!!

{ KITAB SYAMAIL MUHAMMADIYAH } Kitab Syamail Muhammadiyah dikarya oleh Imam Tirmidzi, beliau adalah al – imam al - Hafizh Muhammad bin ‘Isa bin Saurah bin Musa bin adh – Dhahhak as – Sulami at – Tirmidzi al – bughi ad – dharir . Nama gelarannya Abu ‘Isa. Selain itu, beliau merupakan salah satu ahli hadis besar yang menyusun Sunan at – Tirmidzi. Banyak ulama’ di seluruh dunia memberi pujian atas karya at – Tirmidzi ini, yang mampu mengurai keperibadian Rasullullah S.A.W. secara terperinci, melalui hadis – hadis yang shahih. Kitab Syamail Muhammadiyah ini menceritakan tentang keperibadian Rasulullah S.A.W dan mengajak kita mengetahui tubuh badan, sifat dan aktiviti - aktiviti harian Rasulullah. Termasuk bagaimana Rasulullah berpakaian, bersikat, bersarung, berserban dan tidak hanya itu, minuman, makanan serta minyak wangi kesukaan beliau juga turut diceritakan. Dalam kitab ini menghimpunkan sebanyak 400 hadis dengan sanadnya sebagaimana kitab – kitab hadis yang lain. Dan...