TIPS MEMBUAT KEPUTUSAN..

Roda waktu tak pernah menunggu, ia akan pergi dan terus berlalu. Tiada apa yang ada pada usia melainkan hanyalah detik-detik kehidupan yang semakin berkurang. Pertambahan umur membuatkan manusia semakin matang secara teorinya. Namun adakah perkara itu merupakan suatu realiti secara praktikal? Manusia. Mereka dikurniakan akal. Namun sejauh mana mereka memanfaatkannya? Sejauh mana akal itu digunakan berbanding emosi yang menjadi pilihan? Berbicaranya daku bukan kerana apa, kerana penyakit dalam masyarakat kita semakin melata. Sukar untuk membuat keputusan. Tidak tahu, mana yang benar atau sebaliknya. Segalanya seakan sama. Kebenaran itu kabur, kebatilan pula kelam. Ada bezakah? Membuat keputusan, rumitkan? Banyak perkara yang perlu kita fikirkan. Suatu perkara yang akan jadi penentu. Sama ada matlamat kita untuk membuat sesuatu perkara itu tercapai atau tidak. Perkara yang sangat penting 1. Pastikan bahawa minda anda berada dalam keadaan baik. Perkara pertama...