JELAJAH MAQAM ULAMA` & AULIYA` SEKITAR KAHERAH, MESIR

PESERTA ZIARAH MAQAM IKHWAH Muhammad bin Wasi' berkata : " Saya mendapat keterangan bahawa, orang-orang yang mati itu mengenal orang yang ziarah padanya pada hari jumaat, petang hari khamis dan pagi hari sabtu." (H.R. Ibnu Abid-Dunia dan Al-Baihaqi) KAHERAH, Oktober 2014 - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) di bawah kelolaan Unit Sambutan dan Rehlah (USR) dengan kerjasama Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB) telah menganjurkan jaulah maqam sekitar Kaherah khusus buat mahasiswa dan mahasiswi baru. Jaulah tersebut telah diadakan pada 11 Oktober 2014 bagi mahasiswa yang telah disertai oleh 12 orang peserta, manakala jaulah untuk mahasiswi pula telah diadakan pada 18 Oktober 2014 dan telah disertai oleh 12 orang peserta dan diiringi oleh 2 orang musyrif. PESERTA ZIARAH MAQAM AKHAWAT Tujuan jaulah ini diadakan adalah untuk memperkenalkan maqam para ulama’ dan para auliya’ yang terdapat di sekitar Kaherah dan mengenali tokoh-t...