IHYA' TARBAWI RAMADHAN 2014 (IHTIRAM 14')

Add caption Sabtu 28 Jun 2014 – 27 Julai 2014 : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) Sesi 2013/14 telah berjaya menganjurkan satu program tahunan khusus bagi ahli BKPPPM iaitu Ihya’ Tarbawi Ramadhan (IHTIRAM 14’) 2014/1435H. Program tersebut dikendalikan dibawah Biro & Unit Dakwah Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) Sesi 2013/14. Program tersebut bertemakan Ibrah Ramadhan Inspirasi Perjuangan (tema PMRAM pusat) . Justeru itu, antara objektif program bertujuan untuk mengeratkan lagi jalinan silaturraahim di antara ahli BKPPPM di sepanjang bulan Ramadhan, disamping mengambil inisiatif memanfaatkan peluang yang terhidang untuk menghidupkan bulan ramadhan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada ahli BKPPPM secara langsung dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selain itu,ia juga dapat memberi peluang kepada ahli untuk menimba pengalaman dalam mengendalikan sesebuah program dengan baik dan dapat mencungkil bakat baru dalam bidang kepimpina...