KRONOLOGI SALAH LAKU PENGGUNAAN LOGO DAN NAMA BKPPPM

20 Ogos 2013 : Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mendapat panggilan dari Perdana Menteri supaya memulakan proses evakuasi sukarela melalui penerbangan biasa. 21 Ogos 2013 : Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) BKPPPM mengadakan perjumpaan tergempar dan menubuhkan jawatankuasa evakuasi serta bersetuju melantik Saudara Azwan Azman Yang Dipertua BKPPPM sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut. 22 Ogos 2013 : Seramai 27 orang mahasiswa/si bertolak ke Asrama Rumah Melayu Abasiyyah (ARMA) untuk menunggu giliran penerbangan tetapi amat malang, mereka terkandas selama dua hari. 25 Ogos 2013 : Penerbangan pertama ahli BKPPPM berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines ( MAS ) pada jam 4.30 petang, seramai 11 orang mahasiswa. Manakala penerbangan kedua menaiki pesawat Egypt Air seramai 16 orang terdiri daripada 7 orang mahasiswa dan 9 orang mahasiswi. 26 Ogos 2013 : YB Dato' Haji Abdul Malik Abul Kassim mengadakan p...