Pelaksanaan PTPTN Wajar Dikaji Semula

Sistem pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan semenjak tahun 1997 tidak dinafikan merupakan satu usaha yang baik untuk membantu meringankan bebanan kewangan mahasiswa yang tidak berkemampuan tetapi memiliki kelayakan untuk menyambung pengajian mereka di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta. Namun hari ini, pelaksanaan sistem pinjaman PTPTN ini mendapat kritikan dan kecaman hebat daripada pelbagai pihak yang melihat kaedah yang diguna pakai dalam sistem pinjaman PTPTN ini sebenarnya adalah bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata dengan alasan kewujudan PTPTN ini adalah untuk membantu mahasiswa. Ini kerana setiap peminjam PTPTN ini perlu membayar pinjaman mereka beserta dengan kadar faedah yang telah ditetapkan. Bahkan kadar faedah ini akan meningkat dari tahun ke tahun sekiranya peminjam gagal untuk menjelaskan atau melunaskan pinjaman mereka dalam tempoh tertentu. Hasil daripada sistem pinjaman...