ARMA DIHATI : PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI....!!!

Asrama Rumah Melayu Abbasiyah atau lebih dikenali dengan ARMA suatu masa dahulu pernah melakarkan tragis hitam dalam sejarah agung PMRAM apabila PMRAM diusir keluar dari ARMA tanpa sebab yang munasabah pada tahun 1992. Isu ARMA menjadi bukti kesungguhan PMRAM dalam menjaga kebajikan mahasiswa / wi melayu di Mesir.Kesan daripada itu PMRAM tidak lagi mempunyai tempat operasi yang tetap malahan dinafikan hak dengan penyelewengan fakta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab . Isu berkaitan ARMA ini seringkali dilaungkan namun sensitiviti ahli terhadap isu ini masih suram.Suasana kebangkitan ahli ketika mana PMRAM dihalau keluar dari ARMA masih belum dapat dirasai kini.isu ini hanya diperjuangkan oleh segelintir sahaja dikalangan mereka yang benar-benar memahami perjuangan PMRAM.Dimana hilangnya aura semangat abang-abang dan kakak-kakak kita yang d...