LAPORAN RAYA ANAK PERANTAUAN BKPPPM 2018 ( RANTAU '18 )


         
         

       RUMAH PULAU PINANG , HAYYU SABIK ­_ 15 JUN HINGGA 18 JUN 2018 : Program sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini diberi nama RANTAU '18 iaitu singkatan daripada Raya Anak Perantauan 2018 dengan bertemakan " Seindah Aidilfitri Hubungkan Silaturrahim " .

RANTAU '18 telah berlangsung selama 4 hari bermula dari 14 Jun hingga 18 Jun 2018 . Objektif program ini adalah untuk menjayakan pembawaan YD P BKPPPM sesi 17/18 dibawah item Wehdah serta mempereratkan ahli BKPPPM di perlembahan Nil sempena sambutan hari raya pada tahun ini .

Raya Anak Perantauan 2018 dimulakan pada 14 Jun 2018 dengan aktiviti malam perasmian. Majlis tersebut dimulai dengan ucapan saudara Muhamad Nur Aiman bin Mohd Zuki selaku pengarah RANTAU '18 , diikuti dengan ucapan serta perutusan raya 2018 daripada Yang DiPertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, saudara Muhammad Safwan Bin Azzmi dan diteruskan dengan ucapan perasmi program oleh saudara Muhammad Iman Bin Fadzil sekaligus melancarkan gimik perasmian program RANTAU '18 pada malam tersebut .


Pada hari yang berikutnya, 15 Jun 2018 bersamaan dengan 1 Syawal 1439H, seluruh kaum muslimin telah berkumpul dan bersama untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di pagi hari. Setelah selesai solat sunat Aidilfitri, mahasiswa telah berkumpul dan bergambar pada pagi tersebut sebagai tanda kenang kenangan . Di sebelah malam pula , program RANTAU '18 diteruskan dengan aktiviti indoor yang diadakan di Sutuh Asrama BKPPPM . Pelbagai aktiviti menarik diadakan pada malam itu , antaranya jamuan raya , aktiviti tukar duit raya , berbalas pantun raya dan banyak lagi .

Program diteruskan pada keesokan harinya iaitu pada 16 Jun 2018 dengan Ziarah Aidilfitri ke rumah sewa , bagi mengeratkan silaturrahim antara ahli BKPPPM .



Pada 17 Jun 2018 bersamaan 3 Syawal 1439H , telah diadakan Berlayar Raya di Sungai Nil bagi sebelah ikhwah. Antara aktiviti yang dilakukan adalah menjamu selera dan penyampaian hadiah. Aktiviti tersebut merupakan penutup RANTAU ’18 bagi ikhwah.


Manakala bagi akhawat, RANTAU '18 diteruskan dengan aktiviti outdoor yang bertempat di Hadiqah Atfal . Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi akhawat dan majlis diakhiri dengan ucapan penutup daripada timbalan pengarah RANTAU '18 saudari Nur Khalisah binti Shahidan serta diikuti dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya . Dengan berakhirnya aktiviti outdoor tersebut , maka berakhirlah RANTAU '18 pada kali ini .


    Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang program RANTAU ’18 memeriahkan suasana raya Aidilfitri anak perantaun di Mesir yang akan mengamit kenangan suatu masa nanti. Diharapkan agar seluruh mahasiswa menjaga kesatuan yang telah dibina untuk kemaslahatan pada masa akan datang dan berusaha ke arah yang lebih baik seperti layaknya madrasah Ramadan mengembalikan kita kepada fitrah yang suci.



“ Seindah Aidilfitri hubungkan Silaturrahim ”

" Memurnikan Pemikiran , Melestarikan Kesatuan "
" Ribat Ukhuwah , Teguh Wehdah "
" Fikrah Thaqafah Biah Wehdah "

Disediakan oleh :
Timbalan Pengarah RANTAU '18 BKPPPM


Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL