PEMBAWAAN YANG DI PERTUA BKPPPM 17/18

PEMBAWAAN YANG DIPERTUA BKPPPM 17/18
    Saat kita memberi, kita akan menerima. Saat kita menolong orang lain, pada saat yang sama kita sedang menolong diri kita sendiri. Apa yang kita lakukan untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukannya untuk diri kita sendiri. Sebab itu ramai orang lebih suka menerima daripada memberi. Lebih suka ditolong daripada menolong. Hidup hanya berpusat kepada dirinya sendiri.
 
Αda perumpamaan menarik, seorang buta yang sedang berjalan dengan tongkatnya di malam hari. Tangan kanannya memegang tongkat sementara tangan kirinya membawa lampu.
Keadaan ini cukup menghairankan seorang lelaki yang kebetulan melihatnya.
Lelaki itu bertanya :
 "Mengapa anda berjalan membawa lampu sedangkan anda tidak nampak?"
Orang buta itu menjawab, "Untuk menerangi jalan yang ku lalui". Dengan nada hairan lelaki itu bertanya lagi, "Tetapi bukankah anda buta dan tetap tidak dapat melihat jalan meski ada lampu?"
Orang buta itu tersenyum sambil menjawab, "Meskipun saya tidak dapat melihat, orang lain masih dapat melihat saya. Selain membuat jalan menjadi terang, lampu ini dapat menghindarkan orang lain untuk tidak melanggar saya"

Di saat kita melakukan sesuatu untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan sesuatu untuk diri kita sendiri. Kita diingatkan untuk tidak jemu-jemu berbuat baik.

Wallpaper Pembawaan YDP BKPPPM 17/18

PEMBAWAAN YANG DIPPERTUA BKPPPM SESI 2017/18

FIKRAH
- Memperkukuhkan fikrah islamiyah yang sempurna kepada pimpinan & ahli bagi menatijahkan amal islami yang mantap.

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً)
[Surat Al-Baqarah 208]

THAQAFAH
- Melahirkan mahasiswa yang mampu menguasai ilmu turath, semasa & kemahiran.

(يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ)
[Surat Al-Mujadila 11]

BIAH
- Memperkasa Biah Solehah yang berkualiti dalam kalangan mahasiswa melalui muwasafat tarbiyyah bagi individu muslim.

(وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ)
[Surat Al-A'raf 96]

WEHDAH
- Memperkuat jalinan ukhuwwah sesama pimpinan & ahli sebagai wadah kesatuan bagi meneruskan survival persatuan pada masa hadapan.

(وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا)
 [Surat Aal-E-Imran 103]

FIKRAH | THAQAFAH | BIAH | WEHDAH

Muhammd Safwan bin Azzmi
(Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 17/18)

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL