PELAYARAN SEBUAH DAKWAH
Pelayaran Sebuah
Dakwah
Bismillahirrahmanirrahim,
Dakwah ini
bukanlah hanya terhad kepada program yang berunsurkan ceramah, forum, kuliah,
seminar, bengkel & sebagainya sahaja. Malah ia meliputi setiap perkara yang
kita lakukan.
Segala
kerja-kerja dakwah & tarbiah harus dilaksanakan dengan berpandukan Al-Quran
dan As-Sunnah. Segala gerak kerja ini harus dirancang, dilaksana, dipantau dan
dinilai agar kerja benar-benar berjalan secara sistematik & tersusun.
Dakwah pada
marhalah terbuka dalam masyarakat mestilah bermula dari sifatnya sebagai dakwah
dan tarbiyah yang praktikal. Individu-individunya mestilah bergerak menyebarkan
kebaikan di tengah-tengah masyarakat dengan kemuliaan akhlak, hasil tarbiyah
dan nilai-nilai yang ditanam oleh dakwahnya, berdasarkan manhaj Islam..Bekalan
seseorang tidak terpisah dari gerak kerjanya. Tarbiyah tidak terpisah dari
dakwah dan khidmatnya kepada masyarakat.
Di samping itu
juga, Rasulullah s.a.w dan para sahabat begitu gigih & bersungguh-sungguh
menyebarkan dakwah kepada seluruh manusia di serata pelusuk dunia. Dengan
keyakinan & kepercayaan yang mendalam, para sahabat giat merancang
strategi, berbincang, melaksanakan perancangan dakwah serta menilai semula
gerak kerja mereka bagi memastikan ajaran islam tersebar luas ke seluruh dunia.
Misi mereka ialah agar semua manusia berada dalam naungan kebahagiaan islam dan
hidup secara harmoni di bawah payung pemerintahan islam.
Hendaklah kita
semua konsisten dengan hikmah kebijaksanaan ketika di medan dakwah ini. Selain
itu, Hendaklah kita memperindahkan jalan dan mu’amalah kita kerana kita disuruh
oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman:
(ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ
الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ
ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ )
[النحل:125]
“Serulah ke jalan
Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran
yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara
yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan
orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”.
وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْناً
“dan katakanlah kepada sesama manusia
perkataan-perkataan yang baik”. [Baqarah : 83 ]
Termasuk makna
dari hikmah kebijaksanaan itu ialah mempamerkan dakwah kita ini dengan
‘approach’ terbaik dan memperelokkan seni komunikasi dengan mereka.
Termasuk juga menunjuk qudwah sesuai
dengan apa yang kita seru kepadanya. Tidak berlaku apa yang kita cakap tak
serupa bikin. Termasuk dari hikmah juga ialah kita mendahului dalam
mempraktikkan apa yang kita seru kepadanya kerana:
(إذا كنت إمامي فكن أمامى)
“Bila kamu
menjadi imam saya, maka hendaklah kamu berada di hadapan saya”.
Alangkah baiknya
jika kita boleh menjiwai bahawa kita ini adalah pembawa kebaikan dan penghubung
bagi ummah serta manusia semua mendapat hidayah Allah SWT..Tidak patut ada
dalam diri kita rasa tinggi diri, bersikap kasar dan merasa lebih, malah perlu
bersikap pro aktif dan sentiasa prihatin.
Akhir Kalam,
"Semua yang
berlaku di langit ataupun di bumi tidak akan terjadi kecuali hanya apabila Allah
S.W.T juga yang mengizinkan". Sesungguhnya, Berdakwah ini bukan sesuatu
yang boleh diambil mudah, kerana ia merupakan satu amanah yang bakal
dipersoalkan oleh Allah S.W.T di akhirat kelak, malah berdakwah juga merupakan
salah satu warisan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya
pada masa kini, maka yakinlah bahawasanya nusroh Allah selalu bersama
kita..Oleh itu, doakan kekuatan hati, Kerna perjuangan Islam sehingga mati!
Moga Allah Redha.
Meski Lelah,
Jangan
Menyerah,
Asalkan
Lillah.
Sirru 'Ala Barakatillah
NUR SYAMSINA
BINTI ZAHID
(Timbalan Lajnah Dakwah BKPPPM 17/18)
Comments