KETAHUI TIPS BELAJAR DI SAAT AKHIR



TIPS BELAJAR DI SAAT AKHIR



Dalam kesibukan seharian dan kekangan waktu, adakalanya kita tidak sempat untuk mengulangkaji pelajaran. Sehingga apabila waktu peperiksaan hampir tiba menyebabkan kita cenderung untuk merasa stress dan berputus asa sedangkan banyak silibus yang belum dibaca.


Jika begitu, jom lihat beberapa tips yang  mungkin dapat membantu anda.



Bertenang dan jangan cemas

Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang ada adalah terhad.Yakin bahawa diri anda mampu untuk menghabiskan segala bahan pelajaran yang ingin diulang kaji.



Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran

Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.



Yakin terhadap kebolehan diri

Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan dihadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.



Masa rehat perlu secukupnya

Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.



Hapuskan tabiat suka tidur

Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.



Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting

Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalansoalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.


Perbanyakkan amalan ibadah
Namun harus ingat, disamping usaha keras yang dilakukan, perlu ada nilai rohani yang tinggi. Anda boleh melakukan apa-apa sahaja jenis ibadah yang mendekatkan diri dengan pencipta. Boleh jadi, ibadah yang dilakukan diperkenankan untuk mendapat kejayaan.



Jadi, apa tunggu lagi?. Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan anda. Jika anda berhenti berusaha, bermakna anda sudah behenti mencapai kejayaan dan mencipta kegagalan.

Selamat beramal…





(Unit Penerangan Dan Informasi)

Lajnah Penerangan Dan Penerbitan BKPPPM 17/18
 



Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963