Masalah Bekalan Eletrik Di Yaman

Beratus-ratus ribu pelajar Yaman menyatakan kekecewaan mereka di jalanan kerana masalah bekalan eletrik baru-baru ini yang mengakibatkan beberapa bandar mengalami keputusan bekalan eletrik dalam tempoh masa yang lama.

Pelajar-pelajar ini telah membuat aduan pemotongan eletrik yang menjejaskan prestasi sekolah mereka yang sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun bagi menamatkan tahun persekolahan.

Gangguan yang berlangsung untuk jangka masa yang panjang adalah hasil daripada serangan ke atas talian kuasa dan stesen kuasa yang menyebabkan bandar-bandar menghadapi masalah kekurangan kuasa eletrik.

Minggu ini, pelajar telah menganjurkan beberapa demonstrasi di Sana'a, Aden, Hodaida serta Mukalla, menyeru kepada kerajaan untuk mencari penyelesaian segera bagi masalah elektrik ini.

Pelajar mengambil jalan keluar belajar dengan cahaya lilin disebabkan masalah kekurangan tenaga elektrik ini.

Menurut sumber berita, Presiden Yaman Abd Mansour Hadi bertemu dengan gabenor Mareb dan ketua-ketua keselamatan di wilayah itu untuk membincangkan penyelesaian bagi menghentikan serangan ke atas loji kuasa utama di negara ini. Hadi berkata bahawa beliau akan mengambil langkah-langkah serius terhadap unit-unit ketenteraan yang bertanggungjawab dalam melindungi elektrik dan saluran paip.

"Serangan pada talian kuasa eletrik telah menyebabkan kematian bayi pramatang, pesakit di ICU, pesakit dialisis dan pesakit yang menderita penyakit kardiovaskular," kata Hadi, laporan dari 'Gulf News'.

Laporan telah menyatakan bahawa Yaman bekalan kuasa eletrik dan stesen kuasa yang dialami kira-kira 33 serangan sabotaj yang telah mencetuskan penutupan grid nasional dan menyebabkan negara menghadapi gangguan bekalan eletrik dalam tempoh yang panjang.

Rakyat Yaman turut menyebarkan masalah ini di Twitter untuk menyatakan kekecewaan dan kebimbangan mereka mengenai masalah gangguan eletrik dalam tempoh yang lama.

Atiaf Alwazir seorang penyelidik, penulis blog & pengasas bersama kempen media SupportYaman, bahawa dia telah mendengar frasa "bagaimana anak-anak saya mahu mengulang kaji bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun tanpa bekalan eletrik?" berulang kali semasa krisis tersebut.

Dana Moss, ahli pengasas Projek Keamanan Yaman yang dipaparkan di Twitter: "keadaan elektrik di Yaman adalah yang terburuk yang pernah dialami setakat ini."

Sumber : We Care for Islam

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL