IKHWAN DAN SALAFI SETUJU AL-AZHAR KEKAL RUJUKAN UMAT ISLAM


Sebelum ini kita digembar-gemburkan bahawa terdapat usaha golongan Salafi dan Ikhwan Muslimin yang mahu menggugat Al-Azhar. Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut meleset sama sekali apabila semalam wakil Ikhwan dan Salafi bersetuju bahawa Al-Azhar akan kekal sebagai rujukan di Mesir.

Semalam bertarikh 4 Julai telah berlangsung pertemuan antara dua aliran Islam iaitu gerakan Ikhwan Muslimin dan Dakwah Salafiyah bersama wakil Al-Azhar. Pertemuan tersebut dikendalikan sendiri oleh Syeikh Al-Azhar, Dr.Ahmad Toyyib dengan dihadiri oleh Dr. Yasir Burhami dan Abdul Mun'im Syahatah mewakili Dakwah Salafi, Dr.Abdur Rahman Al-Bar (anggota Maktab Irsyad Ikhwan) mewakili Ikhwan Muslimin, Dr. Muhammad Abdul Fudhail Al-Qusi (Menteri Wakaf), Dr.Husain Hamid (Rektor Universiti Islam), Dr.Muhammad 'Imarah, Dr.Nasr Farid Wasil, Dr.Hasan Syafie, Dr.Abdul Daim Nasir dan Muhammad Abdus Salam (Penasihat Undang-Undang Syeikh Al-Azhar).

Mereka duduk bersama bagi membincangkan kesepakatan golongan Islam dalam hal berkaitan pindaan perlembagaan negara kerana terdapat mereka yang hadir merupakan anggota Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan.

Mereka yang hadir telah mencapai kata sepakat seperti berikut:

1) Bahawa Al-Azhar merupakan rujukan muktamad bagi hal ehwal agama Islam di Mesir dan nas berkaitannya akan dimasukkan secara bertulis dalam pindaan perlembagaan baru negara.

2) Mempertahankan Fasa 2 perlembagaan yang menyebut secara jelas bahawa (Islam merupakan agama negara, Bahasa Arab adalah bahasa rasminya dan prinsip syariat Islam merupakan sumber utama perundangan)

Fasa 2 Perlembagaan sebelum ini menjadi pertikaian kerana golongan sekular/liberal mahukan ia dibuang dari perlembagaan sementara golongan Islam mahu ia dipertahankan.

Dengan berita ini,sedikit sebanyak telah memadamkan kegusaran kita bahawa golongan Salafi telah menjadikan Ikhwan dan Dr.Mursi sebagai 'boneka' mereka serta pelbagai tuduhan tidak masuk akal yang lain. Sekarang ini, tidak timbul lagi isu Salafi,Wahabi,Sufi atau Ikhwan kerana isunya sekarang golongan beraliran Islam semuanya mesti bersatu bagi berhadapan dengan golongan sekular/liberal yang sentiasa mencari peluang untuk menggugat kedudukan agama Islam di Mesir.

Sumber : FB Ustaz Malik

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963